Friday, October 3, 2014

Perlunya Usaha dan Tawakal untuk Berjaya




Hari ni nak kongsi dengan adik-adik yang sedang belajar, terutamanya yang masih dibangku sekolah tentang usaha, yakin dan tawakal dalam kita mengejar kejayaan. Saya ni bukanlah ahli motivasi, cuma ingin berkongsi sedikit tips dengan adik-adik :)

Bahan-bahan untuk resepi kejayaan adalah,
1) Usaha
2) Yakin
2) Tawakal

Sikit sahaja bahan-bahan yang diperlukan. Nampak mudahkan?

Usaha. Kenapa kita tengok sesetengah orang sangat rajin berusaha, belajar tanpa jemu..manakala ada pula yang malas untuk berusaha. Apa yang boleh saya katakan, inilah peranan motivasi. Motivasi amat penting agar kita sentisa mempunyai semangat dan keinginan yang kuat untuk berjaya. Tanpa motivasi, pasti semangat kita akan luntur dan akan wujud rasa malas untuk berusaha. Apabila kita tidak berusaha adakah kejayaan itu akan datang bergolek? Pasti tidak, bukan?

Nasihat dari saya, agar terus bermotivasi, kita haruslah mempunyai matlamat. Percayalah, tanpa matlamat kita tak akan ke mana-mana. Cita-cita, atau ingin gembirakan ibu dan ayah juga boleh dijadikan matlamat. Cuba bayangkan wajah ibu dan ayah yang sangat gembira apabila kita membawa berita gembira kepada mereka. Mungkin airmata kegembiraan akan menitis dari kelopak mata mereka. Cuba mulai hari ini, dalam doa selepas solat, kita nyatakan bahawa kita ingin hadiahkan kejayaan buat ibu bapa tercinta. Saya pasti airmata akan menitis. Allah juga amat suka anak yang menggembirakan ibubapa mereka.

Matlamat amat penting untuk menuju kejayaan

Jadual belajar juga amat perlu. Jika kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Jadi buatlah jadual belajar yang baik dan ikutlah jadual belajar tersebut. Tiada guna kita habiskan masa buat jadual belajar yang cantik tapi tidak pula mengikut jadual tersebut.

Yakin. Yakin bahawa kita akan berjaya akan membawa kita kepada kejayaan. Pernah dengar kata-kata "kita adalah apa yang kita fikirkan"?. Kalau kita fikir kita mampu untuk BERJAYA, insyaAllah kita akan BERJAYA. Namun, jika terdapat dalam fikiran kita perkataan "GAGAL", kita akan membawa diri kita kepada KEGAGALAN. Jadi ubah 'mindset' kita dulu. Be Positive.

Tawakkal. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, seterusnya kita harus bertawakal kepada Allah swt. Kenapa? Ini kerana, tiada apa yang berlaku didunia ini tanpa izin Allah. Kita harus mohon pada Allah agar memberkati segala ilmu yang kita pelajari kerana ilmu itu juga milik Allah. Sebelum mula belajar, bacalah doa. Begitu juga setelah selesai belajar. Sebelum tidur, buatlah solat sunat hajat agar Allah memudahkan kita menerima ilmu yang kita pelajari. Bangun pagi pula, cuba bangun awal sebelum waktu subuh contohnya pukul 5 pagi supaya kita sempat menunaikan solat sunat tahajjud. Dan sementara menunggu waktu subuh, kita boleh ambil sedikit masa untuk belajar (Saya dulu suka buat latihan matematik pada waktu pagi :) ) Antara waktu maghrib dan Isyak, bacalah surah Yassin ataupun surah-surah lain. Istiqamah dengan segala apa yang kita amalkan..insyaAllah. Bila kita meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah swt, insyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan Allah swt.

Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya..
(jadikan ayat ini doa harian kita)

Dan saya yakin, jika adik-adik mampu melakukan semua 3 tips diatas, insyaAllah kejayaan adalah milik adik-adik. Kerana Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani.

Diharap perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Wassalam

p/s: saya amat berbesar hati jika ada yang ingin berkongsi tips kejayaan masing-masing :)

Tuesday, June 3, 2014

Hotel Impiana KLCC



Salam semua

Rasa nak menulis tentang pengalaman stay di hotel Impiana KLCC. Kami sekeluarga ke KL sebab saya perlu hadir MDA conference pada 30 Mei hingga 1 Jun 2014. Sebelum tu search hotel yang short walking distance ke Convention Centre. Disebabkan itulah saya memilih Impiana KLCC Hotel sbb harganya yang lebih berpatutan compare dgn hotel lain. Tapi paham-paham jelah 'berpatutan' tu bila di area KLCC :)

Pemandangan depan hotel (gambar: kredit to pakcik google)
Pada sesiapa yang mencari hotel untuk menginap, yang walking distance ke Convention Centre, bolehlah survey hotel Impiana ni. Ada laluan yang bertutup dan berhawa dingin, jadi takyah risau kalau hujan ke apa. Guard pun ada kalau kita nak tanya apa-apa.Tapi jangan risau, tak sesatnya sebab ada signboard yang jelas. Lima minit jalan dah sampai ke Convention Centre, aquaria, food court. Alhamdulillah kat food court tu ada food stall yang berlabel Halal. Jadi bolehla makan tanpa was-was. 

Muqri amik gambar depan lif 

Dah masuk bilik.. :)
Kami pilih superior room je..oklah untuk kami bertiga. Untuk booking hotel ni saya guna booking.com. Senang sebab boleh booking tanpa perlu bayar apa-apa. Sebelum tu compare jgk dgn website hotel dan harganya sama je. Rm1200 ++ utk tiga malam tak termasuk breakfast. Breakfast rm40 untuk seorang. Tapi tak amik pun ok je sbb food court dekat sgt. 

Berjalan ke KLCC Park

Kolam Kanak-kanak di KLCC Park

Seronok sangat la tu.. :)

Petronas Twin Towers drpd kolam renang

Suria KLCC

Petronas Twin Towers lagi



Cak! Muqri infront of Petronas Twin Towers :)

Kami berjalan je ke KLCC Park. Kat situ, muqri main kat taman permainan kanak-kanak dan mandi di kolam renang kanak-kanak. Lepas muqri dah puas main air, kami berjalan ke Suria KLCC. Muqri nak sgt masuk Petrosains, oklah tunaikanlah permintaan anakanda tersayang ni..seronok dia..boleh main-main dalam tu..

Muqri sedang exploring

Race car pun ada

Macam-macam lagi dalam petrosains..best-best..

Moga entri ni sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang tercari-cari hotel short walking distance ke Kuala Lumpur Convention Centre.

Wassalam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...